Cari Jawatan Kosong? Taip di bawah:




yakin semasa temuduga

Rasa gementar semasa temuduga jawatan kosong? Jangan risau! Walaupun calon yang banyak kali hadir sesi temuduga pun mereka masih ada rasa gementar dalam apa juga sesi temuduga.

Tapi awas! Jangan biarkan rasa gementar ini menutupi imej berkualiti anda sebagai seorang yang yakin diri. Kelihatan yakin semasa temuduga adalah salah satu kunci penting yang menjadi pilihan majikan anda untuk memilih anda.

Berikut adalah cara untuk membuatkan anda rasa lebih yakin dalam temuduga:-


Membuat hubungan mata (eye-contact), tiada apa yang magik dalam cara ini, ia memang terbukti berkesan! Lakukan ini - semasa dipanggil, berjalan segak ke arah penemuduga, kemudian hulurkan tangan anda dan lihat ke dalam mata mereka dengan senyuman sambil katakan - "I'm happy to meet you today sir/madam".

Ubah ayat kepada bentuk yang lebih profesional dan lebih positif, walaupun anda ditanya tentang kegagalan anda oleh penemuduga. Contohnya jika anda menyatakan seperti ini “Well, I kind of helped with a project but I didn’t run it myself,” awas! Anda seperti menyatakan "saya tidak layak untuk jawatan ini!".

Sebaliknya cuba katakan seperti ini “I assisted in a very successful project and played a key role in bringing it to completion.” Walaupun maksudnya hampir sama tetapi ia mampu mengubah persepsi penemuduga terhadap anda!


Jika anda jarang menghadiri temuduga atau sudah lama tidak ditemuduga, memang biasanya anda akan gementar. Tetapi semakin banyak sesi temuduga yang anda hadiri, anda akan menjadi lebih yakin untuk sesi akan datang. Ia seperti latihan. Jadi jangan pernah tolak sebarang temuduga kerja kosong!

Ingat! Anda seorang yang hebat, walaupun anda tidak diterima untuk jawatan yang ditawarkan, anda sebenarnya bukan tidak layak! Jika anda tidak layak sudah tentu anda tidak dipanggil temuduga langsung. Ini membuktikan kualiti yang anda ada. Dengan menyedari kualiti dan potensi diri anda sepatutnya akan menjadi yakin secara semulajadi.

Lakukan ini - tanya kepada rakan anda dan ahli keluarga anda, apa kehebatan yang anda ada. Tuliskan dan tampal di bilik anda sifat tersebut. Tahukah anda semakin anda membaca senarai ini, semakin anda menjadi yakin. Ini dipanggil self-programming  dan cara ini adalah terbaik untuk dilakukan.

Selamat mencuba!

Dapatkan senarai jawatan kosong terbaru melalui email.

Ia pantas, mudah dan cepat


Masukan email anda:


About | Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © Top Career Malaysia - TCM