Cara INI Jadikan Anda Lebih Yakin Semasa Temuduga

Tapi awas! Jangan biarkan rasa gementar ini menutupi imej berkualiti anda sebagai seorang yang yakin diri. Kelihatan yakin semasa temuduga adalah salah satu kunci penting yang menjadi pilihan majikan anda untuk memilih anda.
Berikut adalah cara untuk membuatkan anda rasa lebih yakin dalam temuduga:-
Membuat hubungan mata (eye-contact), tiada apa yang magik dalam cara ini, ia memang terbukti berkesan! Lakukan ini - semasa dipanggil, berjalan segak ke arah penemuduga, kemudian hulurkan tangan anda dan lihat ke dalam mata mereka dengan senyuman sambil katakan - "I'm happy to meet you today sir/madam".
Ubah ayat kepada bentuk yang lebih profesional dan lebih positif, walaupun anda ditanya tentang kegagalan anda oleh penemuduga. Contohnya jika anda menyatakan seperti ini “Well, I kind of helped with a project but I didn’t run it myself,” awas! Anda seperti menyatakan "saya tidak layak untuk jawatan ini!".
Sebaliknya cuba katakan seperti ini “I assisted in a very successful project and played a key role in bringing it to completion.” Walaupun maksudnya hampir sama tetapi ia mampu mengubah persepsi penemuduga terhadap anda!
Ubah ayat kepada bentuk yang lebih profesional dan lebih positif, walaupun anda ditanya tentang kegagalan anda oleh penemuduga. Contohnya jika anda menyatakan seperti ini “Well, I kind of helped with a project but I didn’t run it myself,” awas! Anda seperti menyatakan "saya tidak layak untuk jawatan ini!".
Sebaliknya cuba katakan seperti ini “I assisted in a very successful project and played a key role in bringing it to completion.” Walaupun maksudnya hampir sama tetapi ia mampu mengubah persepsi penemuduga terhadap anda!
Jika anda jarang menghadiri temuduga atau sudah lama tidak ditemuduga, memang biasanya anda akan gementar. Tetapi semakin banyak sesi temuduga yang anda hadiri, anda akan menjadi lebih yakin untuk sesi akan datang. Ia seperti latihan. Jadi jangan pernah tolak sebarang temuduga kerja kosong!
Ingat! Anda seorang yang hebat, walaupun anda tidak diterima untuk jawatan yang ditawarkan, anda sebenarnya bukan tidak layak! Jika anda tidak layak sudah tentu anda tidak dipanggil temuduga langsung. Ini membuktikan kualiti yang anda ada. Dengan menyedari kualiti dan potensi diri anda sepatutnya akan menjadi yakin secara semulajadi.
Lakukan ini - tanya kepada rakan anda dan ahli keluarga anda, apa kehebatan yang anda ada. Tuliskan dan tampal di bilik anda sifat tersebut. Tahukah anda semakin anda membaca senarai ini, semakin anda menjadi yakin. Ini dipanggil self-programming dan cara ini adalah terbaik untuk dilakukan.
Selamat mencuba!
Ingat! Anda seorang yang hebat, walaupun anda tidak diterima untuk jawatan yang ditawarkan, anda sebenarnya bukan tidak layak! Jika anda tidak layak sudah tentu anda tidak dipanggil temuduga langsung. Ini membuktikan kualiti yang anda ada. Dengan menyedari kualiti dan potensi diri anda sepatutnya akan menjadi yakin secara semulajadi.
Lakukan ini - tanya kepada rakan anda dan ahli keluarga anda, apa kehebatan yang anda ada. Tuliskan dan tampal di bilik anda sifat tersebut. Tahukah anda semakin anda membaca senarai ini, semakin anda menjadi yakin. Ini dipanggil self-programming dan cara ini adalah terbaik untuk dilakukan.
Selamat mencuba!
35 Jawatan Kosong 2015 Paling Banyak Dicari Oleh Rakyat Malaysia

Berikut adalah carian jawatan kosong paling banyak yang dilakukan oleh pengguna Malaysia melalui Google. Data dibawah diambil daripada Google Keywords Tool dan data carian adalah bermula dari September 2014 sehingga Oktober 2015.Senarai carian dibawah adalah secara rawak tidak mengikut susunan.
- Jawatan Kosong BSN
- Jawatan Kosong Bank Islam
- Jawatan Kosong Bank Rakyat
- Jawatan Kosong DBKL
- Jawatan Kosong FELDA
- Jawatan Kosong Guru Tadika
- Jawatan Kosong Jabatan
- Jawatan Kosong Jururawat
- Jawatan Kosong KASTAM
- Jawatan Kosong KEMAS
- Jawatan Kosong KKM
- Jawatan Kosong Kerajaan
- Jawatan Kosong Kerani
- Jawatan Kosong MARA
- Jawatan Kosong MPPP
- Jawatan Kosong MPSP
- Jawatan Kosong Majlis
- Jawatan Kosong Pemandu Lori
- Jawatan Kosong Pensyarah
- Jawatan Kosong Perbadanan
- Jawatan Kosong Polis
- Jawatan Kosong Polis Bantuan
- Jawatan Kosong Pos Malaysia
- Jawatan Kosong RISDA
- Jawatan Kosong SPA
- Jawatan Kosong SPAD
- Jawatan Kosong SPP
- Jawatan Kosong Swasta
- Jawatan Kosong TNB
- Jawatan Kosong Tabung Haji
- Jawatan Kosong UKM
- Jawatan Kosong UPM
- Jawatan Kosong USM
- Jawatan Kosong UTM
- Jawatan Kosong UiTM
Cara Menjawab Soalan Tricky Semasa Temuduga
Risau anda terperangkap dengan soalan temuduga yang tricky? Video singkat ini boleh bantu pecah kebuntuan anda. Tonton sekarang.
Urutan dibawah adalah sinopsis daripada perbualan video diatas:
- Sampai awal atau tepat pada waktu.
- Berpakaian kemas dan profesional
- Senyum dan relak. Ingat panel temuduga adalah manusia seperti anda juga. Lakukan seperti pernualan biasa.
- Sentiasa bersedia jawapan kepada soalan "Kenapa anda berhenti kerja jawatan sebelum ini?". Walaupun realitinya anda tahu ia pedih, tapi jawablah dalam ton positif.
- Cara untuk mengekalkan perbualan positif adalah dengan melontarkan perkara baru yang anda ingin capai dalam jawatanyang bakal ditawarkan. Elakkan daripada meluahkan masalah tempat kerja lama, anda akan dilihat tiada kredibiliti. Tekankan yang anda sedang mencari mentor dalam bidang tersebut dan anda sedia menjalankan tugas dengan lebih efisyen.
- Jangan jadi terlalu offensive terhadap soalan yang menyatakan "anda tiada kelayakan mencukupi" atau "kelayakan anda terlalu tinggi".
- Kongsikan pengalaman membina yang pernah anda capai dan pelajari terutamanya di tempat kerja lama atau disekolah. Tunjukan anda telah banyak belajar, memahami dan mencipta kejayaan pada masa lepas. Nyatakan juga siapa rujukan anda seperti pensyarah atau pengurus lama anda.
- Elakkan daripada bertanyaberapa gaji yang bakal anda terima. Sebaliknya tanyakan kepada mereka kenapa anda antara calonyang layak?
- Jika anda ditanya berapa gaji yang anda inginkan, pastikan anda lakukan kajian harga gaji untuk jawatan anda pohon dan berdasarkan pengalaman yang anda ada.
- Jangan persoalkan apa kelebihan/subsidi yang diberikan oleh syarikat pada sesi temuduga pertama. Tunggu sehingga fasa temuduga seterusnya tentang ini.
Semoga bermanfaat!
3 Cara Atasi Gemuruh Sebelum Temuduga

Menjadi gemuruh sebelum atau semasa menghadiri sesi temuduga merupakan perkara biasa. Walaupun bagi mereka yang sudah berpengalaman dalam alam perkerjaan dan pernah menghadiri banyak sesi temuduga, tidak dapat dinafikan sifat gemuruh memang masih ada walaupun sedikit. Jika anda ada masalah ini, jangan risau, itu menunjukan anda seorang manusia.
Apa yang harus anda lakukan ialah menjadi tenang dan relaks sebelum memasuki bilik temuduga. Gemuruh melampau yang tidak dikawal boleh menganggu anda dan menyebabkan anda sukar bercakap dengan lancar dan hilang keyakinan diri semasa sesi temuduga berjalan nanti.
3 cara dibawah terbukti mampu atasi masalah darah gemuruh anda, cuba lakukan:
1. Gambarkan Suasana Tenang
Pilih satu gambaran pemandangan yang tenang seperti tepi pantai, kampung halaman atau apa sahaja yang anda pernah alamai yang membuatkan anda gembira. Fokus kepada gambaran ini dan letakkan diri anda didalamnya. Rasa tenang dan relaks akan datang jika anda lakukan dengan fokus. Ia pasti mampu mengawal rasa gemuruh anda.
2. Bernafas Lancar Dan Senyum
Tarik nafas dengan perlahan dan dalam, seolah-olah itu adalah bekalan oksigen terakhir anda sebelum menyelam didalam air. Tahan nafas untuk 5-10 saat, tenangkan anggota badan, longgarkan sendi dan otot. Kemudian lepaskan nafas perlahan. Sertakan bersama senyuman. 2-3 kali anda lakukan ini mampu hilangkan rasa gemuruh dengan cepat.
3. Ingat Memori Indah Yang Beri Inspirasi
Panggil memori indah dan bermakna yang mampu memberi inspirasi kepada anda. Contohnya: Memori ibu anda menyediakan sarapan sebelum anda ke sekolah dahulu. Fokus kepada memori tersebut dan tanamkan azam yang sesuatu yang terbaik akan berlaku kepada anda hari itu. Kuatkan keyakinan dalam hati yang anda adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut dan yakinlah anda pasti berjaya.
3 tips diatas mampu kurangkan rasa beban darah gemuruh anda. Hadapainya dengan tenang dan peluang seperti ini tidak sentiasa datang, lakukan dengan sepenuh hati serta bersemangat! Semoga berjaya :)
