- Home »
- cari kerja , jawatan kosong , jawatan kosong kerajaan , jawatan kosong terkini , kerja kosong , kerja kosong kerajaan , kerja sambilan , Temuduga , Tips »
- 3 Cara Atasi Gemuruh Sebelum Temuduga
Menjadi gemuruh sebelum atau semasa menghadiri sesi temuduga merupakan perkara biasa. Walaupun bagi mereka yang sudah berpengalaman dalam alam perkerjaan dan pernah menghadiri banyak sesi temuduga, tidak dapat dinafikan sifat gemuruh memang masih ada walaupun sedikit. Jika anda ada masalah ini, jangan risau, itu menunjukan anda seorang manusia.
Apa yang harus anda lakukan ialah menjadi tenang dan relaks sebelum memasuki bilik temuduga. Gemuruh melampau yang tidak dikawal boleh menganggu anda dan menyebabkan anda sukar bercakap dengan lancar dan hilang keyakinan diri semasa sesi temuduga berjalan nanti.
3 cara dibawah terbukti mampu atasi masalah darah gemuruh anda, cuba lakukan:
1. Gambarkan Suasana Tenang
Pilih satu gambaran pemandangan yang tenang seperti tepi pantai, kampung halaman atau apa sahaja yang anda pernah alamai yang membuatkan anda gembira. Fokus kepada gambaran ini dan letakkan diri anda didalamnya. Rasa tenang dan relaks akan datang jika anda lakukan dengan fokus. Ia pasti mampu mengawal rasa gemuruh anda.
2. Bernafas Lancar Dan Senyum
Tarik nafas dengan perlahan dan dalam, seolah-olah itu adalah bekalan oksigen terakhir anda sebelum menyelam didalam air. Tahan nafas untuk 5-10 saat, tenangkan anggota badan, longgarkan sendi dan otot. Kemudian lepaskan nafas perlahan. Sertakan bersama senyuman. 2-3 kali anda lakukan ini mampu hilangkan rasa gemuruh dengan cepat.
3. Ingat Memori Indah Yang Beri Inspirasi
Panggil memori indah dan bermakna yang mampu memberi inspirasi kepada anda. Contohnya: Memori ibu anda menyediakan sarapan sebelum anda ke sekolah dahulu. Fokus kepada memori tersebut dan tanamkan azam yang sesuatu yang terbaik akan berlaku kepada anda hari itu. Kuatkan keyakinan dalam hati yang anda adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut dan yakinlah anda pasti berjaya.
3 tips diatas mampu kurangkan rasa beban darah gemuruh anda. Hadapainya dengan tenang dan peluang seperti ini tidak sentiasa datang, lakukan dengan sepenuh hati serta bersemangat! Semoga berjaya :)