Cari Jawatan Kosong? Taip di bawah:




8 Perkara Wajib Tahu Tentang Syarikat Sebelum Hadir Temuduga

Penemuduga suka rasa dihargai dan istimewa. Mereka lebih suka calon yang serius ingin menyertai syarikat mereka berbanding calon yang "suam-kuku" hadir ke temuduga. Kebolehan anda untuk menegaskan sebab mengapa anda ingin menyertai syarikat tersebut akan memberikan anda kelebihan berbanding calon calon yang lain.

Oleh yang demikian, anda wajib tahu 8 perkara tentang syarikat tersebut untuk meningkatkan peluang anda di ambil berkerja.


■ Apa perniagaan yang mereka jalankan? Apakah servis dan produk yang mereka niagakan.
■Apakah visi, misi dan nilai syarikat? Apakah tujuan perniagaan mereka dan apakah cara yang mereka laksanakan?
■ Siapakah orang penting dalam organisasi mereka? Contohnya chairman, chief executive, atau direktor, adakah mereka ahli kenamaan korporat atau artis? Pastikan anda kenal nama mereka.
■ Apakah perancangan masa hadapan syarikat? Dan apakah strategi mereka?


■ Kenalpasti bilangan staf syarikat tersebut. Adakah mereka syarikat berskala kecil, sederhana atau besar?
■ Dimanakah syarikat itu ditubuhkan dan dimana pejabatnya? Adakah ia mempunyai cawangan di negeri lain atau di luar negara?
■ Siapakah pesaing mereka? Apakah produk dan servis pesaing mereka? Apakah keunikan produk syarikat yang anda hadir temuduga berbanding syarikat lain?
■ Apakah trend pasaran semasa bagi perniagaan syarikat tersebut? Apakah cabaran dan peluang yang mereka hadapi dalam industri tersebut?

Semoga dengan 8 perkara ini akan memberika anda kunci masuk ke dalam syarikat yang anda serius untuk ceburi. Selamat mencuba!

Dapatkan senarai jawatan kosong terbaru melalui email.

Ia pantas, mudah dan cepat


Masukan email anda:


About | Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © Top Career Malaysia - TCM