Cari Jawatan Kosong? Taip di bawah:




Rahsia Disebalik Cara Berpakaian Semasa Interview Kerja

Sudah menjadi lumrah semulajadi manusia untuk menilai seseorang berdasarkan paras rupa dan pakaian mereka. Ya, kita semua lakukan, contohnya seperti ketika melihat lelaki berambut warna unggu dan bertindik di hidung, orang berpakain baju mahal berjenama, atau wanita pakai seluar jeans terlalu ketat.

Kita biasanya menilai seseorang melalui penampilan mereka. Jadi apa bezanya dengan penemuduga anda? Mereka juga manusia seperti anda anda ada penilaian tersendiri. Mereka ada sifat ini.


Jika anda datang temuduga dengan pakaian yang biasa yang anda pakai di rumah, jadi persepsi penemuduga mungkin anda lebih baik duduk sahaja dirumah daripada datang berkerja di syarikat mereka. Jika rambut dan muka anda kelihatan serabut tidak terurus, mereka beranggapan fikiran anda juga serabut tak terurus dan anda tidak sesuai dengan suasana kerja.

Sudah tentu mereka tidak akan beritahu yang mereka tidak suka dengan penampilan anda dan apa yang anda pakai. Tapi itu akan menganggu fikiran mereka, kemudian bila anda dirasakan tidak sesuai, mereka akan pilih calon lain yang kod pakaian mereka lebih baik. 


Jadi berhati-hati dengan penampilan dan pakaian ada semasa temuduga. Pastikan ada sediakan diri anda supaya penemuduga "jatuh hati pada pandangan pertama". (bukan seksi menjolok mata)

Ingat ini - minda separa sedar penemuduga percaya yang penampilan luaran anda melambangkan keperibadian diri anda. Jadi lihat penampilan harian anda dan apakah personaliti anda? Cari ruang yang boleh diperbaiki dan anda akan temui rahsia besar kepada cara interview yang baik.

Salam kejayaan.

Dapatkan senarai jawatan kosong terbaru melalui email.

Ia pantas, mudah dan cepat


Masukan email anda:


About | Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © Top Career Malaysia - TCM