Cari Jawatan Kosong? Taip di bawah:




wears-to-job-interview

Memilih pakaian yang sesuai untuk sesi temuduga adalah sesuatu yang merungsingkan terutamanya yang baru pertama kali ke sesi temuduga. Cabaran yang anda hadapi adalah apakah pakaian yang sesuai harus anda pakai! Anda mahu kelihatan profesional seolah-olah anda sudah terpilih untuk masuk ke syarikat tersebut.


Satu rahsia mudah untuk calon lelaki supaya tidak kelihatan melampau adalah - memakai baju kemeja bersama tali leher atau berserta "coat" adalah pilihan paling selamat. Bagi wanita pula, pemilihan pakaian menjadi lebih mencabar.

Samaada lelaki atau wanita, anda perlu memilih pakaian yang selesa dan muat sepadan dengan badan anda. Anda seharusnya mengelakan memakai seluar yang terlalu ketat pada kaki atau baju kemeja yang kelihatan sendat pada bahagian dada dan badan. Ia akan menjadi faktor 'pengacau' kepada anda dan penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan.

Disamping itu pilihan warna harus sesuai dengan anda dan pastikan ia tidak terlalu terang atau terlalu suram. Apa yang anda harus utamakan adalah supaya penemuduga hanya fokus kepada jawapan anda, bukan pada pakain anda yang menganggu perhatian mereka.

Penampilan pakaian adalah antara faktor penting yang bakal dinilai, bukan setakat itu, perkara lain seperti kekemasan dan kebersihan pada anggota anda bakal menjadi kayu pengukur awal kepada juru temuduga.

Semasa menghadiri temuduga, elakan daripada memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Ia boleh menyebabkan sesi temuduga diganggu dengan bauan anda yang melampau. Pastikan juga kuku pendek dan bersih, rambut kemas disikat rapi, bersihkan gigi dan ambil gula-gula mint untuk hapuskan bau mulut sebelum temuduga. 

Anda mungkin hairan kenapa semua perkara diatas diambil kira sebelum melayakan anda diterima kerja. Ia adalah sangat penting terutamanya jika jawatan yang anda pohon memerlukan anda untuk berinteraksi secara terus dengan pelanggan. Sebabnya syarikat mahukan pelanggan mereka dilayan oleh calon yang terbaik untuk kebaikan jangka masa panjang perniagaan mereka.

Semoga berjaya!

Dapatkan senarai jawatan kosong terbaru melalui email.

Ia pantas, mudah dan cepat


Masukan email anda:


About | Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © Top Career Malaysia - TCM