Cara Menjawab Soalan Tricky Semasa Temuduga
Risau anda terperangkap dengan soalan temuduga yang tricky? Video singkat ini boleh bantu pecah kebuntuan anda. Tonton sekarang.
Urutan dibawah adalah sinopsis daripada perbualan video diatas:
- Sampai awal atau tepat pada waktu.
- Berpakaian kemas dan profesional
- Senyum dan relak. Ingat panel temuduga adalah manusia seperti anda juga. Lakukan seperti pernualan biasa.
- Sentiasa bersedia jawapan kepada soalan "Kenapa anda berhenti kerja jawatan sebelum ini?". Walaupun realitinya anda tahu ia pedih, tapi jawablah dalam ton positif.
- Cara untuk mengekalkan perbualan positif adalah dengan melontarkan perkara baru yang anda ingin capai dalam jawatanyang bakal ditawarkan. Elakkan daripada meluahkan masalah tempat kerja lama, anda akan dilihat tiada kredibiliti. Tekankan yang anda sedang mencari mentor dalam bidang tersebut dan anda sedia menjalankan tugas dengan lebih efisyen.
- Jangan jadi terlalu offensive terhadap soalan yang menyatakan "anda tiada kelayakan mencukupi" atau "kelayakan anda terlalu tinggi".
- Kongsikan pengalaman membina yang pernah anda capai dan pelajari terutamanya di tempat kerja lama atau disekolah. Tunjukan anda telah banyak belajar, memahami dan mencipta kejayaan pada masa lepas. Nyatakan juga siapa rujukan anda seperti pensyarah atau pengurus lama anda.
- Elakkan daripada bertanyaberapa gaji yang bakal anda terima. Sebaliknya tanyakan kepada mereka kenapa anda antara calonyang layak?
- Jika anda ditanya berapa gaji yang anda inginkan, pastikan anda lakukan kajian harga gaji untuk jawatan anda pohon dan berdasarkan pengalaman yang anda ada.
- Jangan persoalkan apa kelebihan/subsidi yang diberikan oleh syarikat pada sesi temuduga pertama. Tunggu sehingga fasa temuduga seterusnya tentang ini.
Semoga bermanfaat!
Persediaan Penting Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga

Persaingan untuk mendapat tempat dan diambil berkerja menjadi semakin sengit pada masa ini. Semakin ramai graduan dan profesion yang bertukar tempat kerja bertanding untuk memohon jawatan yang sangat terhad. Jadi apa peluang anda sebenarnya? Untuk pastikan peratusan anda berjaya mendapat kerja tinggi, maka persiapan yang rapi menjadi satu kewajipan.
Untuk mempersiapkan diri supaya anda kelihatan dan diyakini lebih berkelayakan, persediaan penting sebelum dan selepas temuduga ini harus anda ambil kira. Apa yang harus anda lakukan adalah:
Sebelum Temuduga
Sebelum Temuduga
- Kaji latar belakang dan perniagaan syarikat yang anda sedang mohon. Lakukan kajian berkaitan fakta dan angka tentang syarikat, fahami misi dan visi syarikat dan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Meletakan sebahagian diri anda ke dalam syarikat tersebut akan membuatkan panel temuduga rasa anda sudah memahami mereka. Peluang peratusan kejayaan anda akan menjadi lebih besar.
- Cuba buat jangkaan soalan yang bakal ditanya. Jenis soalan apa yang biasa ditanya semasa temuduga boleh didapati di internet. Selain itu cuba sediakan beberapa soalan yang mungkin anda ingin tanya kepada panel temuduga kemudian.
- Siapkan penampilan anda supaya kemas, kelihatan profesional, bersih dan menarik. Cara berpakaian adalah perkara pertama yang paling mudah untuk dinilai. Pastikan rambut disikat rapi, pakaian tidak kedut, kasut bersih, tidak memakai terlalu banyak aksesori perhiasan, tidak memakai bau haruman terlalu kuat.
Semasa Temuduga
- Tepati masa! Pastikan anda sampai awal sebelum sesi temuduga anda bermula. Kelebihan samapi awal anda tidak akan rasa panik dan mungkin menganggu fokus anda kemudian. Jika anda samapi lamabt, ia bakal memberikan anggapan negatif panel interview kepada kredibiliti anda.
- Bertindak sebagai seorang yang ramah dan profesional. Berkenalan dengan siapa sahaja yang anda jumpa sepanjang proses temuduga. Ia akan memberikan anda imej positif dan anda dianggap sedia berkerjasama dalam perkerjaan.
- Jawab soalan dengan yakin, tersusun dan jalinkan 'eye-contact' dengan panel temuduga.
Selepas Temuduga
- Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga. Nyatakan penghargaan anda atas peluang berharga yang mereka berikan kepada anda.
- Bertenang dan bersabar menanti keputusan temuduga.
Cuba lakukan dan semoga berjaya!
3 Soalan Maut Semasa Temuduga Kerja

1. Soalan Pahit
Biasanya pengalaman kerja yang lepas atau kerja yang sedang anda lakukan akan menjadi topik utama dalam sesi temuduga. Soalan berbunyi seperti ini " Kenapa anda berhenti daripada syarikat sebelum ini?" haruslah dijawab dengan menggunakan otak yang waras.
Awas, pada saat ini anda harus tolak emosi terpendam jauh-jauh! Emosi boleh menyebabkan anda memberi jawapan yang berbentuk rungutan, dan pastinya ia sesuatu yang sangat pahit. Contohnya: bila anda ditanya soalan seperti diatas, elakan daripada bercakap sesuatu seperti tidak bersetuju dengan bos lama dan menceritakan masalah di tempat kerja lama, jawapan ini akan memerangkap anda. Pada pandangan penemuduga, anda mungkin seorang yang berpotensi bersifat pendendam dan suka meletakan kesalahan pada orang lain.
2. Soalan Kelemahan
Soalan seperti ini "Kenapa kami harus ambil anda berkerja?" adalah sangat biasa dalam mana-mana sesi temuduga. Anda pasti akan menonjolkan kekuatan dan kemahiran anda semaksima mungkin, lanju dan pantas anda jawab. Tapi apabila soalan berbunyi seperti ini "Apa kelemahan terbesar anda?" pasti ramai yang terbantut sebentar sebelum menjawab dengan nada rendah.
Bagaimana cara menjawabnya? Anda harus nyatakan dengan penuh yakin yang anda sebenarnya tidaklah selemah yang disangkakan, ia adalah satu keadaan dimana pada sebahagian bidang, anda belum mengusai dengan sepenuhnya. Beri jaminan bahawa kelemahn tersebut tidak akan menganggu prestasi anda dan ia boleh diatasi melalui latihan berterusan.
3. Soalan Fakta
Ada penemuduga yang akan bertanyakan pengalaman anda sebelum ini dan kadang kala terus kepada satu aktiviti yang spesifik dan praktikal. Ada juga yang meminta anda terus lakukan demonstrasi terhadap jawapan anda.
Jadi cara yang terbaik apabila berhadapan dengan fakta adalah, jawab dengan jujur. Jika tahu katakan tahu, jikat tidak tahu katakan tidak tahu. Jika anda menipu dan anda gagal buktikan jawapan anda, bukan setakat tidak dilihat sebagai jujur dan gagal mendapat kerja, malah anda akan pulang dengan malu.
Hadapinya dengan tenang dan bijaksana. Selamat berjaya.
Apa Pakaian Yang Sesuai Untuk Temuduga?

Memilih pakaian yang sesuai untuk sesi temuduga adalah sesuatu yang merungsingkan terutamanya yang baru pertama kali ke sesi temuduga. Cabaran yang anda hadapi adalah apakah pakaian yang sesuai harus anda pakai! Anda mahu kelihatan profesional seolah-olah anda sudah terpilih untuk masuk ke syarikat tersebut.
Satu rahsia mudah untuk calon lelaki supaya tidak kelihatan melampau adalah - memakai baju kemeja bersama tali leher atau berserta "coat" adalah pilihan paling selamat. Bagi wanita pula, pemilihan pakaian menjadi lebih mencabar.
Samaada lelaki atau wanita, anda perlu memilih pakaian yang selesa dan muat sepadan dengan badan anda. Anda seharusnya mengelakan memakai seluar yang terlalu ketat pada kaki atau baju kemeja yang kelihatan sendat pada bahagian dada dan badan. Ia akan menjadi faktor 'pengacau' kepada anda dan penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan.
Disamping itu pilihan warna harus sesuai dengan anda dan pastikan ia tidak terlalu terang atau terlalu suram. Apa yang anda harus utamakan adalah supaya penemuduga hanya fokus kepada jawapan anda, bukan pada pakain anda yang menganggu perhatian mereka.
Penampilan pakaian adalah antara faktor penting yang bakal dinilai, bukan setakat itu, perkara lain seperti kekemasan dan kebersihan pada anggota anda bakal menjadi kayu pengukur awal kepada juru temuduga.
Semasa menghadiri temuduga, elakan daripada memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Ia boleh menyebabkan sesi temuduga diganggu dengan bauan anda yang melampau. Pastikan juga kuku pendek dan bersih, rambut kemas disikat rapi, bersihkan gigi dan ambil gula-gula mint untuk hapuskan bau mulut sebelum temuduga.
Anda mungkin hairan kenapa semua perkara diatas diambil kira sebelum melayakan anda diterima kerja. Ia adalah sangat penting terutamanya jika jawatan yang anda pohon memerlukan anda untuk berinteraksi secara terus dengan pelanggan. Sebabnya syarikat mahukan pelanggan mereka dilayan oleh calon yang terbaik untuk kebaikan jangka masa panjang perniagaan mereka.
Semoga berjaya!
