Cari Jawatan Kosong? Taip di bawah:




Body Language Semasa Temuduga Kerja

body  language semasa temuduga

Body language atau bahasa isyarat badan semasa menghadiri sesi temuduga adalah penting kerana ia melambangkan siapa anda pada ketika itu. Walaupun anda rasa ia remeh atau mungkin ada rasa anda sudah tahu bagaimana berkelakuan sopan, namun ada baiknya anda tonton video panduan dibawah. Anda pasti akan jumpa perkara yang anda rasa boleh dilakukan tetapi sebenarnya ia tidak elok.
Saksikan video ini.

Cara Menjawab Soalan Tricky Semasa Temuduga

cara-jawab-soalan-tricky-temududga

Risau anda terperangkap dengan soalan temuduga yang tricky? Video singkat ini boleh bantu pecah kebuntuan anda. Tonton sekarang.



Urutan dibawah adalah sinopsis daripada perbualan  video diatas:
  1. Sampai awal atau tepat pada waktu.
  2. Berpakaian kemas dan profesional
  3. Senyum dan relak. Ingat panel temuduga adalah manusia seperti anda juga. Lakukan seperti pernualan biasa.
  4. Sentiasa bersedia jawapan kepada soalan "Kenapa anda berhenti kerja jawatan sebelum ini?". Walaupun realitinya anda tahu ia pedih, tapi jawablah dalam ton positif.
  5. Cara untuk mengekalkan perbualan positif adalah dengan melontarkan perkara baru yang anda ingin capai dalam jawatanyang bakal ditawarkan. Elakkan daripada meluahkan masalah tempat kerja lama, anda akan dilihat tiada kredibiliti. Tekankan yang anda sedang mencari mentor dalam bidang tersebut dan anda sedia menjalankan tugas dengan lebih efisyen.

  1. Jangan jadi terlalu offensive terhadap soalan yang menyatakan "anda tiada kelayakan mencukupi" atau "kelayakan anda terlalu tinggi".
  2. Kongsikan pengalaman membina yang pernah anda capai dan pelajari terutamanya di tempat kerja lama atau disekolah. Tunjukan anda telah banyak belajar, memahami dan mencipta kejayaan pada masa lepas. Nyatakan juga siapa rujukan anda seperti pensyarah atau pengurus lama anda.
  3. Elakkan daripada bertanyaberapa gaji yang bakal anda terima. Sebaliknya tanyakan kepada mereka kenapa anda antara calonyang layak?
  4. Jika anda ditanya berapa gaji yang anda inginkan, pastikan anda lakukan kajian harga gaji untuk jawatan anda pohon dan berdasarkan pengalaman yang anda ada. 
  5. Jangan persoalkan apa kelebihan/subsidi yang diberikan oleh syarikat pada sesi temuduga pertama. Tunggu sehingga fasa temuduga seterusnya tentang ini.
Semoga bermanfaat!

3 Cara Atasi Gemuruh Sebelum Temuduga

gemuruh sebelum temuduga

Menjadi gemuruh sebelum atau semasa menghadiri sesi temuduga merupakan perkara biasa. Walaupun bagi mereka yang sudah berpengalaman dalam alam perkerjaan dan pernah menghadiri banyak sesi  temuduga, tidak dapat dinafikan sifat gemuruh memang masih ada walaupun sedikit. Jika anda ada masalah ini, jangan risau, itu menunjukan anda seorang manusia.


Apa yang harus anda lakukan ialah menjadi tenang dan relaks sebelum memasuki bilik temuduga. Gemuruh melampau yang tidak dikawal boleh menganggu anda dan menyebabkan anda sukar bercakap dengan lancar dan hilang keyakinan diri semasa sesi temuduga berjalan nanti.


3 cara dibawah terbukti mampu atasi masalah darah gemuruh anda, cuba lakukan:


1. Gambarkan Suasana Tenang

Pilih satu gambaran pemandangan yang tenang seperti tepi pantai, kampung halaman atau apa sahaja yang anda pernah alamai yang membuatkan anda gembira. Fokus kepada gambaran ini dan letakkan diri anda didalamnya. Rasa tenang dan relaks akan datang jika anda lakukan dengan fokus. Ia pasti mampu mengawal rasa gemuruh anda.

2. Bernafas Lancar Dan Senyum

Tarik nafas dengan perlahan dan dalam, seolah-olah itu adalah bekalan oksigen terakhir anda sebelum menyelam didalam air. Tahan nafas untuk 5-10 saat, tenangkan anggota badan, longgarkan sendi dan otot. Kemudian lepaskan nafas perlahan. Sertakan bersama senyuman. 2-3 kali anda lakukan ini mampu hilangkan rasa gemuruh dengan cepat.

3. Ingat Memori Indah Yang Beri Inspirasi

Panggil memori indah dan bermakna yang mampu memberi inspirasi kepada anda. Contohnya: Memori ibu anda menyediakan sarapan sebelum anda ke sekolah dahulu. Fokus kepada memori tersebut dan tanamkan azam yang sesuatu yang terbaik akan berlaku  kepada anda hari itu. Kuatkan keyakinan dalam hati yang anda adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut dan yakinlah anda pasti berjaya.


3 tips diatas mampu kurangkan rasa beban darah gemuruh anda. Hadapainya dengan tenang dan peluang seperti ini tidak sentiasa datang, lakukan dengan sepenuh hati serta bersemangat! Semoga berjaya :)
Dapatkan senarai jawatan kosong terbaru melalui email.

Ia pantas, mudah dan cepat


Masukan email anda:


Recommended

About | Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © Top Career Malaysia - TCM