Cari Jawatan Kosong? Taip di bawah:




cara-jawab-soalan-tricky-temududga

Risau anda terperangkap dengan soalan temuduga yang tricky? Video singkat ini boleh bantu pecah kebuntuan anda. Tonton sekarang.



Urutan dibawah adalah sinopsis daripada perbualan  video diatas:
  1. Sampai awal atau tepat pada waktu.
  2. Berpakaian kemas dan profesional
  3. Senyum dan relak. Ingat panel temuduga adalah manusia seperti anda juga. Lakukan seperti pernualan biasa.
  4. Sentiasa bersedia jawapan kepada soalan "Kenapa anda berhenti kerja jawatan sebelum ini?". Walaupun realitinya anda tahu ia pedih, tapi jawablah dalam ton positif.
  5. Cara untuk mengekalkan perbualan positif adalah dengan melontarkan perkara baru yang anda ingin capai dalam jawatanyang bakal ditawarkan. Elakkan daripada meluahkan masalah tempat kerja lama, anda akan dilihat tiada kredibiliti. Tekankan yang anda sedang mencari mentor dalam bidang tersebut dan anda sedia menjalankan tugas dengan lebih efisyen.

  1. Jangan jadi terlalu offensive terhadap soalan yang menyatakan "anda tiada kelayakan mencukupi" atau "kelayakan anda terlalu tinggi".
  2. Kongsikan pengalaman membina yang pernah anda capai dan pelajari terutamanya di tempat kerja lama atau disekolah. Tunjukan anda telah banyak belajar, memahami dan mencipta kejayaan pada masa lepas. Nyatakan juga siapa rujukan anda seperti pensyarah atau pengurus lama anda.
  3. Elakkan daripada bertanyaberapa gaji yang bakal anda terima. Sebaliknya tanyakan kepada mereka kenapa anda antara calonyang layak?
  4. Jika anda ditanya berapa gaji yang anda inginkan, pastikan anda lakukan kajian harga gaji untuk jawatan anda pohon dan berdasarkan pengalaman yang anda ada. 
  5. Jangan persoalkan apa kelebihan/subsidi yang diberikan oleh syarikat pada sesi temuduga pertama. Tunggu sehingga fasa temuduga seterusnya tentang ini.
Semoga bermanfaat!

Dapatkan senarai jawatan kosong terbaru melalui email.

Ia pantas, mudah dan cepat


Masukan email anda:


About | Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © Top Career Malaysia - TCM